Assalamualaikum. Terima kasih atas maklum balas anda semua!

Akhir 2007 Laluan Kristal Sdn. Bhd. @ Team Little Lintah memulakan langkah membuat penyelidikan secara tidak formal dalam penternakan lintah. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini tidak tertangguh begitu sahaja tetapi telah berlarutan hingga ke hari ini. Segala ilmu dan kebaikan berikutan R&D ini, InsyaAllah akan kami kongsikan bersama anda dalam PAKEJ 1 & 2 seperti di bawah.

Alhamdulilllah kami bersyukur kerana telah berjaya memaksimumkan pulangan dengan kaedah ternakan lintah hasil daripada R&D yang dijalankan yang mungkin sama tetapi tidak serupa dengan kaedah penternak lain.

PAKEJ dari kami:

Pakej 1 : RM 200 - Modul Sahaja (dipos terus ke alamat anda)
Pakej 2 : RM 300 - Modul, Sesi Kelas Teori & Praktikal (beserta sijil kehadiran)

Lihat Contoh Sijil Kehadiran Keluaran LKSB

Antara Kandungan Modul:

1. Info berkenaan lintah -
    Kehidupan, perihal perubatan, kitaran hidup lintah, tabiat, jenis-jenis,
    potensinya dan lain-lain.
2. Bagaimana hendak memulakan ternakan.
3. Pendedahan kos ternakan yang sangat minima/hampir tiada kos.
4. Bagaimana kaedah memastikan ia bertelur dan terus membiak.
5. Kaedah memberi dan menjaga permakanannya.
6. Cara penyediaan tempat tinggal lintah yang selesa - tumbuhan, air, tanah
    dan lain-lain.
7. Masalah jejentik? Cara mengatasinya (mudah & berkesan).
8. Tips menjana pendapatan dari ternakan yang dilakukan (pasaran).
9. Panduan kuantiti lintah bagi setiap keluasan kolam/tempat tinggalnya.
10. Nisbah kadar makanan dan jumlah lintah.
11. Contoh laporan harian bilangan lintah yang diternak.
12. Contoh aliran tunai bagi mengenalpasti segala kos, baki RM dan akaun.

       * Modul ini akan disertakan gambarajah berwarna dan lakaran-lakaran yang
          berkaitan (bagi modul yang dipos terus ke rumah anda).

Antara Kandungan Sesi Praktikal:

1. Penerangan/Ulasan dari modul.
2. Lawatan ke kolam.
3. Belajar gelagat lintah bagi menjamin keselesaan dan pembiakannya.
4. Cara penyediaan tempat tinggal - kolam, poly tank, akuarium dan lain-lain.
5. Cara memberi makan.
6. Membersihkan kolam dan lain-lain.
7. Jamuan ringan untuk santapan peserta.

Lokasi kursus/kolam:

Laluan Kristal Sdn. Bhd., Lot 1311 Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor.

* Kandungan kursus adalah padat dengan info berguna dan masa yang terlibat adalah singkat.

(Cadangan masa: 1/2 hari @ sekitar 4jam sahaja pada setiap hari Ahad pada 10 pagi hingga 2 petang)

Sila Hubungi 012-6364453 (Aliza) untuk lain-lain persoalan berkenaan kursus, pembelian lintah segar, produk dan lain-lain.

Kaedah Pembayaran:

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran:

1. Bank-in tunai ke akaun bank kami dan fax kepada kami slip bank-in. Atau
2. Pembayaran melalui online banking MAYBANK2U.

Pembayaran kepada:-

Nama: Nor'aliza Binti Ab Rahim
No. Akaun Maybank: 1124 6411 0574

Atau

Nama: Laluan Kristal Sdn. Bhd.
No. Akaun Maybank: 5624 6900 2647

Selepas pembayaran, sila faxkan ke 03-33736642 atau SMSkan ke 012-6364453 kepada kami slip bank-in anda bersama maklumat berikut:

1. Nama
2. Alamat surat menyurat (bagi pembelian modul sahaja)
3. Masa, tarikh & no. rujukan slip bank

Sekian, ucapan ribuan terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.

"KE ARAH MANFAAT & KEMAJUAN BERSAMA