LALUAN KRISTAL SDN BHD (759646-D) ditubuhkan pada 17 Januari 2007 dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (No. Pendaftaran: 357-02082134). LKSB adalah sebuah syarikat perkongsian yang mempunyai 100% pegangan penuh ekuiti di samping kakitangan Bumiputera.
LKSB yang bertapak di Lot 1311 Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangur Darul Ehsan menjalankan perniagaan jual-beli lintah segar terus dari ladang di samping perniagaan-perniagaan lain.
LKSB berpengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap kehidupan dan habitat lintah serta mempunyai strategi yang berkesan dalam mengoptimumkan penternakan lintah secara komersial yang lebih menguntungkan.
LKSB mengalu-alukan penternak lintah baru di kalangan bumiputera untuk menceburi bidang ini kerana LKSB mempunyai kursus dan modul yang mantap supaya semua pihak dapat berkongsi manfaat dan keuntungan bersama daripadanya.
LKSB telah maju setapak lagi dengan menandatangani perjanjian usahasama bersama Syarikat Hikmat Batu Terapung Enterprise (001749222-T) dalam memasar dan mengedar produk berasaskan lintah segar seperti minyak dan krim kecantikan berasaskan ekstrak daripada lintah yang dijamin qualitinya.
LKSB bercita-cita dan mempunyai misi dalam memperluaskan perniagaan dan menjadi pembekal terbesar di Malaysia dan LKSB percaya dengan kemampuan dan strategi yang ada dapat menembusi pasaran luar yang sentiasa memerlukan lintah segar dalam bidang perubatan, komestik dan lain-lain.
Lihat Sijil Pengesahan SSM
Lihat Sijil Pengesahan Kementerian Kewangan